Kad Hijau CIDB

Pengenalan

Berkuatkuasa pada 1hb Jun 2015 adalah diwajibkan kepada semua pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja binaan berdaftar dengan CIDB sebagai Personel Binaan iaitu dengan memiliki Kad Hijau CIDB. Sekiranya anda belum mempunyai kad hijau dan terlibat dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan anda wajib daftar kad hijau CIDB. Apabila berlaku kemalangan di tapak binaan, anda layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB. Berikut adalah cara daftar kad hijau dengan RenewCIDB.

Cara Daftar Kad Hijau CIDB Online

Langkah 1 : Layari RenewCIDB

Layari laman web kami renewCIDB dan di laman utama akan memaparkan dua pilihan utama iaitu Kad Personel Binaan CIDB dan Kontraktor CIDB. Klik “Mohon Sekarang” pada pilihan Kad Personel Binaan CIDB.

Daftar CIDB kad hijau

Langkah 2 : Isi maklumat di borang permohonan

Anda perlu mengisi maklumat peribadi dan maklumat pewaris pada borang permohonan yang telah disediakan berserta dengan dokumen sokongan seperti salinan kad NIOSH anda. Sekiranya anda tiada sijil SICP seperti yang dinyatakan di borang permohonan. Anda boleh memuat naik salinan IC sahaja. Perlu diingatkan bahawa permohonan permohonan daftar kad hijau cidb hanya boleh diproses sekiranya maklumat yang diterima adalah tepat.

Apply kad hijau CIDB

Daftar CIDB

Borang apply green card

 

Langkah 3 : Buat bayaran daftar kad hijau CIDB

Setelah anda mengisi maklumat peribadi anda, sila klik pada butang “Buat Bayaran Pendaftaran RM200”. Anda boleh membuat bayaran secara atas talian atau hubungi kami sekiranya anda tidak mempunyai perbankan atas talian

bayaran cidb

Langkah 4 : Terima pas sementara

Anda akan menerima pas sementara dalam masa 48 jam melalui emel untuk melayakkan anda memasuki tapak binaan sementara menunggu kad hijau anda dipos. Berikut adalah contoh pas sementara yang anda akan terima sebaik sahaja permohonan anda diluluskan oleh CIDB Hq.

Pas sementara

Langkah 5 : Terima kad CIDB anda

Akhir sekali, kad hijau cidb yang telah siap didaftar akan di pos pada alamat penghantaran anda dalam masa 14-21 hari bekerja. Sekiranya permohonan daftar kad hijau anda tidak berjaya, pihak kami akan menghantar satu email untuk bayaran balik (refund) kepada pihak anda.

Kad Hijau CIDB

Rumusan

Kesimpulannya, hanya dengan 5 langkah, anda boleh dapatkan kad hijau anda dengan mudah dan cepat. Layari RenewCIDB sekarang dan isi borang permohonan kerana urusan pantas dan cepat hanya di RenewCIDB. 

× Boleh kami bantu anda?