Lesen CIDB

Pengenalan

Lesen CIDB atau lebih dikenali sebagai lesen kontraktor adalah slip akuan atau sijil bagi seseorang yang ingin menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan. Kontraktor ini perlulah terlebih dahulu berdaftar dengan CIDB Malaysia mengikut akta pembinaan. Di Malaysia, terdapat 3 jenis sijil kontraktor cidb antaranya ialah Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB). Kontraktor hanya dibenarkan menjalankan kerja-kerja pembinaan selepas lesen CIDB anda telah diluluskan dan sekiranya anda menjalankan kerja-kerja pembinaan tanpa kelulusan CIDB. Syarikat anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. Sebelum berdaftar sebagai kontraktor, anda perlu mengetahui syarat-syarat dan kelayakan yang boleh dimohon seperti yang telah ditetapkan oleh pihak CIDB. Antaranya adalah modal berbayar yang anda miliki. Modal berbayar ini akan menentukan gred-gred yang boleh dipohon. Anda boleh rujuk artikel ini bagi mengetahui cara daftar lesen CIDB dengan mudah dan cepat.

Cara Daftar Lesen CIDB

Langkah 1 : Layari RenewCIDB

Layari laman web kami RenewCIDB dan di laman utama akan memaparkan 2 pilihan iaitu “Kad Personel Binaan CIDB” dan “Kontraktor CIDB”. Sila klik pada butang Kontraktor CIDB.

Cara Daftar Lesen CIDB

 

Langkah 2 : Pilih Jenis Permohonan

Kemudian sila pilih jenis permohonan anda sama ada Pendaftaran Baru Lesen Kontraktor CIDB atau Pembaharuan Lesen Kontraktor CIDB. Klik pada butang “Pendaftaran Baru Lesen Kontraktor CIDB”.

Pilih jenis permohonan

 

Langkah 3 : Isi maklumat di borang permohonan daftar Kad CIDB

Seterusnya, anda perlu mengisi semua maklumat pada borang permohonan dengan tepat supaya pihak kami boleh menghubungi anda untuk membantu anda ke proses yang seterusnya. Selepas isi maklumat, sila pastikan anda klik pada butang “Hantar Permohonan”. Pihak RenewCIDB akan menghubungi anda dalam masa 24 jam bagi mendapatkan dokumen sokongan yang diperlukan untuk pendaftaran lesen CIDB syarikat anda.

Borang daftar Lesen CIDB

Borang Daftar Lesen CIDB

 

Kesimpulan

Mudah bukan? Hanya dengan 3 langkah anda boleh menjadi kontraktor berdaftar dengan CIDB. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pihak kami pada talian 0183734800. Pihak kami akan membantu anda untuk uruskan pendaftaran lesen CIDB syarikat anda. Urusan cepat dan mudah hanya di RenewCIDB atau anda boleh whatsapp kami untuk respon yang lagi pantas.

Sekian, terima kasih.

 

× Boleh kami bantu anda?