Kad Hijau / Kad Personel Binaan CIDB

Merupakan perakuan bagi pekerja binaan yang telah menjalani kursus & latihan keselamatan di tapak pembinaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia – Construction Industry Development Board (CIDB). Setiap pekerja binaan (tempatan/asing) WAJIB memiliki Kad Hijau yang sah selaras dengan Seksyen 33, Akta CIDB 520.

Berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2019, CIDB Malaysia memperkenalkan Kad Pintar Pendaftaran Personel Binaan baharu yang telah dinaiktaraf seiring dengan kemajuan teknologi.

renew cidb

Pendaftaran Kontraktor Dengan CIDB

Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah wajib bagi semua kontraktor tempatan untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB di bawah Seksyen 25 akta 520 (Pindaan 2011) sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang diberi pengecualian di bawah Seksyen 40(1) akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).

Mana-mana kontraktor yang melanggar Seksyen 25 apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 di bawah Seksyen 29.

× Boleh kami bantu anda?